CAKAP CAKAP DI MAHKAMAH (SIRI 3)

Pertukaran Mengejut Pegawai Kanan Mahkamah

Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Encik Zainal Abidin bin Haji Kamarudin telah menerima notis pertukaran pada 28hb Disember 1998. Notis pertukaran ini dibuat secara mengejut dan berkuatkuasa pada 1 Januari 1999. Beliau telah ditukarkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai Pegawai Penyelidik.

Pertukaran ini dibuat kerana Encik Zainal Abidin telah mengikuti sessi perbicaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini di dalam bilik Mahkamah dan beiau telah memeluk Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa waktu rehat dan melahirkan rasa simpati kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Tindakan beliau telah diperhatikan oleh pihak Special Branch dari Bukit Aman dan telah melapurkan perkara ini kepada pihak berkuasa PDRM dan Mahkamah.

Encik Zainal Abidin juga pernah berselisih faham dengan seorang pegawai polis, ASP Zulkifli Mohamed (Pembantu kepada SAC 1 Musa Hassan) kerana pegawai polis berkenaan bertegas untuk duduk di dalam bilik Mahkamah mengikuti perbicaraan walaupun beliau tidak memakai pakaian seragam polis. Teguran Encik Zainal yang meminta ASP Zulkifli Mohamed keluar dari bilik Mahkamah dan duduk di bilik menunggu telah menimbulkan ketegangan di antara mereka berdua.

Encik Zainal Abidin kini menjadi mangsa kepada tindakan tegas beliau dan kini dizalimi oleh pihak polis dan pemerintah.