Penerbit Buku 50 Dalil

KUALA LUMPUR:Tadi saya terbelek paper lama bertarikh 25 Jun 1998, masa tu saudara Ruslan Kassim berkata beliau sedia hadapi segala tindakan undang-undang berhubung dengan kenyataan beliau tentang pembabitan VIP dalam penerbitan buku khianat 50 Dalil KATBJ PM.

Tahniah kita ucapkan kepada saudara Ruslan Kassim tentang keberaniannya dalam melapurkan pembabitan Rahim Thamby Chik dalam penerbitan buku khianat 50 dalil di dalam perhimpunan agung UMNO sebelum itu.Buku khianat ini adalah dikarang oleh Khalid Jafri dan penerbitnya adalah Khairuddin Abu Hassan.

Buku khianat 50 dalil tersebut diterbitkan oleh syarikat yang menyewa di bangunan milik Rahim Thamby Chik.

Buku khianat 50 dalil ini diterbitkan oleh Media Pulau Lagenda, menyewa bangunan milik Sri Arteesee Group of Companies beralamat di 27M, Jln Kosas 1/3, Tmn Kosas Ampang, Selangor. Sri Arteesee adalah milik Rahim Thamby Chik yang memegang 49,999 unit saham dan Pn. Sri Zabenah Abdullah, 1 unit saham.

Semuga saudara semua dapat menilai sendiri tentang pembabitan musuh-musuh DSAI dalam menjatuhkan karier politik beliau.