SIAPA DIA TENGKU ADNAN & TAN SRI DATO' DR KHOO KAY PENG?

Dalam tape perbualan di antara Ummi dan Datuk Sng yang dirakam di kota London beberapa nama telah disebut. Di antaranya ialah 'a very rich Tengku Adnan'. Adakah ini Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor, Timbalan Eksekutif Pengerusi Cosway, dan juga Pengerusi Dunham-Bush Malaysia dan TT Resources?

Tengku Adnan mempunyai saham yang bernilai RM 56 juta kerana menjadi pengarah Lima buah syarikat 'public listed' di BSKL dan 'shareholdings' nya bernilai RM 131.5 juta di lima buah syarikat 'public-listed'. (http://www.geocities.com/CapitolHill/ Congress/5525)

Nama Tan Sri Dr.Khoo Kay Peng juga telah disebut. Siapakah dia? Tan Sri Dr.Khoo Kay Peng ialah Pengerusi dan Ketua Eksekutif MUIB dan MUIPROP. Dia juga berkepentingan di dalam Pengkalen, PMCW, PMI dan juga Metrojaya. (http://www.klse-ris.com.my)

Konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ini melibatkan ahli-ahli politik, ahli-ahli perniagaan, polis, Peguam Negara, hakim dan juga beberapa pegawai atasan Kerajaan. Mereka-mereka ini, ada Melayu, Cina dan juga India. Konspirator-konspirator ini mengamalkan semangat MUHIBBAH! Semuanya mempunyai kepentingan yang harus dilindungi!

Hanya kita ....rakyat Malaysia ...semua bangsa dan lapisan masyarakat yang dapat 'menumpaskan' mereka-mereka ini. HIDUP KEADILAN & REFORMASI!

Terjemahan: Princess (http:/jahil.cjb.net)