CAKAP-CAKAP DI MAHKAMAH (SIRI 2)

12. YB Dato' Sng Chee Hua, Ahli Parlimen Kapit, Sarawak telah diugut oleh SAC 1 Musa Hassan pada 23 Disember 1998 jam 3.30 petang di Bukit Aman sejurus selepas mahkamah ditangguhkan. Mahkamah yang bersidang di sebelah pagi telah digemparkan dengan permintaan peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk memasang kaset perbincangan di antara Ummi Hafilda dan Dato' Sng Chee Hua di London mengenai konspirasi menjatuhkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dato' Sng Chee Hua yang sudah dua minggu tidak hadir di mahkamah tiba-tiba muncul pada jam 2.30 petang. Sudah tentu beliau telah dimaklumkan oleh pihak polis. Dato' Sng Chee Hua terus 'dikidnap' ke Bukit Aman oleh ASP Mazlan dan difahamkan beliau telah diugut supaya menafikan tentang keaslian kaset berkenaan. Dato' Sng Chee Hua juga telah 'dipaksa' oleh SAC 1 Musa Hassan dan beliau bersetuju untuk menyatakan di mahkamah pada hari Isnin 28 Disember 1998 bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan beliau membuat rakaman dalam kaset itu dan juga menyatakan bahawa kaset yang di dalam simpanan peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dipinda dan diedit.

13. YB Dato' Sng Chee Hua telah memberi wang tunai sejumlah RM900,000.00 kepada Ummi Hafilda pada pertengahan tahun 1998.

14. Ummi Hafilda, Azwan, Azizan, Puan Sri Saadah, Khalid Jefri, Khairuddin Abu Hassan, Normala Yusof, Norlia Ali dan semua kroni-kroni mereka termasuk ASP Zulkifli Mohamed telah menghantar kad ucapan X-Mas secara bersama kepada hakim Dato' Augustine Paul melalui pemandunya bernama Lingam. Mereka juga telah memuatkan mesej-mesej khas di dalam kad berkenaan untuk menarik perhatian hakim agar menyebelahi mereka. Antaranya, 'I Salute You', 'You are the Best Judge', 'Make Sure We Win the Case', dan pelbagai kata-kata manis untuk dijadikan umpan. Mereka jelas terlalu desperate! Salinan kad ucapan ini akan saya dimuatkan di sini nanti.

15. Azwan Ali telah dihalau dari bilik menunggu untuk saksi di mahkamah mulai 23 Disember 1998. Azwan yang marah dengan tindakan menghalang beliau dari memasuki kawasan mahkamah telah mencabar untuk menyaman seorang anggota polis mahkamah. Walaubagaimanapun, anggota berkenaan tetap bertegas dan mengarahkan Azwan tidak menghampiri kawasan bilik menunggu. Selama dua hari Azwan berpeluh di bawah kepanasan matahari. Maklumlah Azwan sering memakai kot ke mahkamah. Melayu celup!

16. Setiap kali peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim ke library mahkamah untuk mendapatkan bahan rujukan, seorang dari DPP akan menuruti sejurus selepas itu dan bertanyakan kepada librarian rujukan yang dibuat oleh peguambela.

17. Pada 9 Disember 1998, seorang pegawai BPR kelihatan tiba di mahkamah dan menyerahkan dokumen kepada salah seorang DPP. Persoalannya, mengapa kelam-kabut di saat-saat akhir?

18. SAC 1 Musa Hassan dan DPP (Dato' Abdul Ghani Patail) telah berpakat dan merancang untuk mengaibkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan membentangkan laporan Jabatan Kimia mengenai tilam misteri. Laporan yang dicipta ini akan dibacakan di mahkamah pada pertengahan minggu hadapan (30 Disember 1998) dan akan menyebut sekurang-kurangnya 4 'patches' mengandungi DNA profile Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan beberapa orang perempuan.

SIRI 3 akan menemui anda sedikit masa lagi!