CAKAP-CAKAP DI MAHKAMAH (SIRI I)

1. Pegawai polis bernama DSP Jamaluddin yang mengiringi Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam Pajero pada setiap hari telah membuat laporan polis (covering report) kerana beliau mendakwa dimaki oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan kata-kata kesat semasa di dalam Pajero baru-baru ini.

2. DSP Jamaluddin melakukan 'rehearsal memanjat Pajero' pada setiap petang sejurus sebelum mahkamah ditangguhkan untuk memastikan penyokong-penyokong reformasi tidak dapat melihat wajah dan lambaian Dato' Seri Anwar Ibrahim sekiranya Dato' Seri Anwar Ibrahim berbuat demikian. Belakang Pajero dihimpit rapat ke dinding bangunan dan dihalang dengan dua buah treler PDRM.

3. DSP Jamaluddin bersama seorang pegawai polis dari Cawangan Khas berbangsa India sudah dikenalpasti oleh pimpinan tertinggi Bukit Aman untuk mengaku bahawa mereka berdua yang mencederakan mata, kepala dan leher Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ini bertujuan menyelamatkan IGP Tan Sri Rahim Noor yang kini sudah hampir dua bulan berdiam diri. Laporan AG akan menyebut bahawa kedua-dua pegawai polis ini bertanggungjawab di atas kecederaan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan akan diambil tindakan disiplin dengan dibuang kerja. Ini adalah muslihat dan konspirasi polis. Pegawai-pegawai ini akan mendapat 'ganjaran tinggi' dari tokoh-tokoh tertentu diatas kesanggupan mereka mengaku bagi pihak IGP.

4. Ummi Hafilda dan Azizan diberikan VIP semasa di mahkamah dengan disediakan bilik rehat VVIP. SAC I Musa Hassan mengarahkan supaya mereka diberi perlindungan dan perkhidmatan 3 orang bodyguard setiap seorang. (Lebih hebat dari Menteri Kabinet yang hanya mendapat seorang bodyguard). Bodyguard Ummi Hafilda terdiri dari ASP Jamil, Detektif Razali dan Detektif Siti Hajar.

5. SAC I Musa Hassan juga mengarahkan supaya Detektif Razali menjadi Jockey kepada Azwan setiap kali beliau tiba dan meninggalkan mahkamah.

6. SAC I Musa Hassan telah mengadakan kenduri 'kesyukuran naik pangkat' di rumahnya baru-baru ini setelah berjaya menjatuhkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Walaubagaimanapun, difahamkan bapanya sendiri, Dato' Hassan Al Shaari, seorang Hafiz dan seluruh anggota keluarganya telah boikot majlis ini.

7. Menurut sumber dari JPM, SAC 1 Musa Hassan akan dinaikkan pangkat sekali lagi oleh Dr. Mahathir (Mamak Kutty) Mohamad. Beliau akan dilantik sebagai Ketua Pengarah BPR yang baru untuk meneruskan Konspirasi Mahathir. SAC 1 Musa Hassan adalah 'pakar konspirasi'. Perlantikan ini adalah luar biasa dari prosedur JPA kerana SAC 1 Musa Hassan masih junior dan terpaksa melangkah '3 bendul'(3 kenaikan).

8. Baru-baru ini difahamkan isteri SAC 1 Musa Hassan terlibat dalam kemalangan jalanraya setelah bertengkar dengan Musa kerana isterinya adalah penyokong reformasi dan tidak setuju dengan tindakan suaminya. Kita berdoa agar isterinya akan segera sembuh.

9. Pelbagai pihak yang gagal mengutip hutang dari Ummi Hafilda semenjak beberapa tahun yang lalu, telah mengambil langkah bijak dengan berhimpun di mahkamah dan menahan Ummi Hafilda untuk mendapatkan semula wang mereka. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh seorang jurugambar suratkhabar Cina dan dirakamkan dalam suratkhabar berkenaan pada 10 Disember 1998. Hutang terkumpul ditaksirkan berjumlah hampir RM4 juta. Sesiapa yang masih belum mendapat semula wang masing-masing sila berkumpul di pintu belakang mahkamah pada setiap hari Isnin - Jumaat jam 8.30am dan 2.30pm.

10. Ummi Hafilda, Azwan, Azizan dan kuncu-kuncu mereka telah melantik dan mendapat khidmat 5 bomoh dari Kamunting, Sri Lanka, Burma, Siam dan Bomoh Ilmu Hitam dari Indonesia.

11. Salah seorang bomoh diatas telah cuba untuk menaburkan 'sesuatu' di bawah kerusi Hakim Dato' Augustine Paul. 'Barang' berkenaan telah diserahkan kepada seorang anggota polis dari Cawangan Khas. Anggota polis berkenaan telak cuba memujuk dan memberi rasuah kepada pembantu Dato' Augustine Paul agar beliau meletakkan 'barang' berkenaan di bawah kerusi hakim. Walaubagaimanapun, sebagai seorang yang kuat iman, pembantu berkenaan menolak permintaan anggota polis dari Cawangan Khas itu.