BERITA DARI BUKIT AMAN

1. Talipon Megat Junid telah di-'bug' oleh pihak SB kerana Fernando ingin menalipon Megat untuk bertanya beberapa soalan. Pihak SB seramai 10 orang berada di pejabat Megat di Dayabumi dan mengarahkan Megat tentang jawapan yang patut diberi supaya tidak bercanggah. Megat telah 2-3 hari mengelakkan menerima panggilan Fernando dengan alasan 'tidak masuk ke pejabat lagi'. Megat nampaknya menurut sangat arahan SB seperti SB mendapat arahan dari orang yang lebih tinggi lagi pangkatnya dari Megat (PM kot !).

2. Tengku Adnan (Tadmansori) sebenarnya ialah keturunan Mamak Kutty. Beliau telah berkahwin dengan anak Tengku Ismail (mati dibunuh oleh anaknya sendiri beberapa tahun dahulu di Damansara). Oleh kerana Tg. Ismail malu dengan Wan Adnan sebagai rakyat biasa - maka diberinya gelaran Tengku. Tg. Adnan pula menggunakan kedudukannya untuk menghentam tanah balak di Pahang dan menunjukkan belangnya dengan betina, arak dan mengumpul harta karun.

3. Sebenarnya Dato' Johari (Ketua Pengarah Pentadbiran PDRM) yang berada di rumah Dr. Ristina semasa Polis datang untuk menangkap Umi dan Azizan. dato' Johari mempunyai extra marital affair dengan Umi. Oleh kerana kedudukan Dato' Johari - maka pegawai Polis yang datang tidak dapat/berani bertindak.

4. Serbuan Polis ke rumah Anwar dahulu ialah di antaranya untuk mengambil tape, surat cinta Umi dan sebagainya. Polis tidak berjaya mendapatkan barang-barang ini kerana Anwar telah menyimpannya di 40 buah tempat. Dan tape Umi dan Dato Sng antara yang telah di bawa oleh Fernando ke mahkamah. Dato Sng (ahli politik Sarawak), pada malam 24/12 telah di bawa ke Bukit Aman untuk di latih oleh pihak SB bagi menjawab soalan jika dikemukakan oleh peguam Anwar.

5. Anggota-anggota Polis wanita yang akan graduate pada hujung tahun ini telah diarahkan untuk memakai tudung. Harap-harapnya ini bukan satu usaha propaganda Polis untuk memenangi hati rakyat. Minta-mintanya PDRM mengeluarkan arahan ini kerana menurut perintah Allah s.w.t.

6. Anggota-anggota Polis Bukit Aman telah dipilih dan dibahagikan kepada 2 bahagian - UMNO dan PAS. Menurut salah seorang pegawai Polis yang terbabit - selepas Mahathir mengumumkan tarikh pilihanraya – beliau akan menangguhkannya selama seminggu selepas tempoh 2 minggu berlalu. Tangguhan ini dibuat bagi beliau untuk menilai kedudukan UMNO dalam negara. Jikalau UMNO tidak dijangka menang - maka pegawai Polis yang dipilih diatas akan mengadakan perarakan UMNO dan PAS. Mereka akan mula bergaduh sesama sendiri dan membakar khemah/pondok parti lawan - Mahathir akan mengumumkan - DARURAT selepas itu.

7. Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, mempunyai beberapa kemudahan untuk torture komunis. Baru-baru ini kami diberitahu bahawa reformis yang ditahan di bawah ISA ada yang telah di torture di situ.

Sekian. Wassalam.

Khalid Al-Walid