Sekitar Mahkamah 31 Dis 98

Semalam saya sempat meluangkan masa di Mahkamah Tinggi mengikuti perbicaraan DSAI. Alhamdulillah, dapat bertemu dengan orang-ramai dan bertukar-tukar pandangan berkaitan kes setakat ini, dan rata-rata di kalangan mereka meragui isu DNA.

Sedang kami asyik berbual di belakang mahkamah, kami diarahkan bersurai oleh pegawai polis yang bertugas, seluruh kawasan belakang dan dihadapan pintu masuk mahkamah mesti dikosongkan kecuali untuk para wartawan. Kami merungut kalau macam tu buat sajalah mahkamah tertutup! Tak patah semangat kami pun pergi join group yang dia menanti di Masjid Jamik, KL.

Hari ni jumlah group reformasi agak luar biasa sedikit, saya anggarkan ada sekitar 400-500 orang! Walaupun berdiri dah lebih tiga jam, saya dapat merasakan tenaga baru bila dengar laungan reformasi dan takbir dilaungkan! Allahuakbar! Rupa-rupanya reformasi tidak mati! Kami terus bersorak hingga nampak Musa Hassan dan Ghani Patail, orang-ramai mula mengecam dan 'boo' mereka, rasa marah orang-ramai terasa sukar untuk dibendung lagi!

Saat yang mendebarkan tiba bila DS WAn Azizah dan keluarga keluar dari mahkamah. Jeritan Reformasi dan Laungan Allahuakbar semakin hebat hingga menari minat polis trafik untuk berhenti dan menyaman motor-motor yang diletak di hadapan masjid. DS Wan Azizah dan anak-anak berbaris di tepi tembok sungai dan melaungkan slogan reformasi!Reformasi!rEFORMASI! Kemudiannya Gurbachan dan Fernando turut serta berbaris dan kami meneruskan slogan reformasi dan takbir dengan lebih bersemangat, orang pun makin bertambah ramai! Alhamdullillah,semua orang amat bersemangat petang ini, inilah semangat yang ditunjukkan menjelang Tahun Baru 1999! Ya! Kita perlu sokong usaha pemulihan ekonomi negara dan kita memang amat contakan negara ini!

Oleh itu, pemimpin-pemimpin konspirasi perlulah berundur segera kerana api REFORMASI akan terus segar bertiup di tahun 1999 ini!

REFORMASI! REFORMASI! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!