Ummi Hafilda Banyak Hutang

Terjemahan Sebuah Akhbar Cina (Tempatan)

Seorang pemuda dan juga seorang wanita yang dipercayai sebagai penjamin kepada Ummi Hafilda dalam urusan peminjaman wang terpaksa menunggu beliau di pintu Mahkamah kerana tidak dapat mengesan Ummi Hafilda selama ini. Kesempatan ini diambil oleh pemungut- pemungut hutang dan penjamin-penjamin Ummi Hafilda bagi menuntut hutang-hutang dari beliau.

Ulasan Kepada Berita Ini

Ummi Hafilda memang dibebani hutang yang banyak. Sumber-sumber menyatakan bahawa beliau dibebani hutang (yang disahkan) berjumlah hampir RM4 juta ringgit (dan berjuta-juta ringgit lagi belum disahkan). Beliau juga dihujani bertimbun-timbun surat peguam yang bertindak menyaman beliau bagi pihak anak guaman mereka.

Ummi telah menghilangkan diri beberapa tahun sebelum ini dan pernah ada pihak mengupah gangster mengejar beliau untuk memnta hutang. Dalam kejar mengejar itu, Ummi telah terlanggar kereta yang berhampiran dan terus melarikan diri.

Hairan juga, hutang banyak, tapi gaya melebihi ribu jutawan. Setiap hari Ummi tampil dengan baju, beg tangan dan aksessori mewah. Dari mana beliau mendapat wang untuk semua ini?

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang ingin meminta hutang, datanglah beramai-ramai ke Mahkamah Tinggi, suruh dia bayar balik duit anda, jangan nak gaya je lebih.