
|
1. Christopher Fernando. Mahir
kendalikan kes-kes undang-undang jenayah. Pernah berkhidmat sebagai Presiden Mahkamah
Sesyen dan di Pejabat Peguam Negara sebelum membuka firma guamannya sendiri. (Ketua
Barisan Pembela). |

|
2.
Karpal Singh. Mahir kendalikan kes-kes undang-undang
jenayah. Menjadi Peguam DSAI mulai 21 Jun 99. |

|
3. Raja Aziz Addruse. Seorang peguam
yang sangat dihormati di kalangan peguam. Jadi Presiden Majlis Peguam tahun 1988 dan 1992.
Jadi peguam pada tahun 1966. Pernah menjadi peguam bela bekas Ketua Hakim Negara, Tun
Salleh Abbas. (Menarik diri sementara kerana ada tugas diluar negara). |

|
4. Gurbachan Singh. Mahir kendalikan
kes-kes undang-undang jenayah terutama yang berkaitan dengan dadah yang melibatkan hukuman
gantung. |
 |
5. Pawancheek Merican. Mahir
mengendalikan kes-kes syariah. Aktif dalam Persatuan Peguam-peguam Muslim. Sekarang
sebagai Naib Presiden persatuan tersebut. Memasuki profesion guaman pada tahun 1977. |
 |
6. Sulaiman Abdullah. Mahir kendalikan
kes-kes sivil dan syariah. Bekas Setiausaha Majlis Peguam dan mengetuai Jawatankuasa Hak
Asasi Manusia Majlis Peguam. Memasuki profesion guaman pada tahun 1969. |
 |
7. S.N. Nair. Mahir kendalikan kes-kes
terutama yang berkaitan rasuah. Pernah menjadi peguam bela Setiausaha Sulit Kanan bekas
Timbalan Perdana Menteri, Mohamad Ahmad yang kini dibebaskan. |

|
8. Zainur Zakaria. Pernah jadi
Presiden Majlis Peguam tahun 1993 dan 1994. Mahir dalam kes-kes sivil. Memasuki profesion
guaman pada tahun 1975. |
 |
9. Zulkifli Nordin. Lahir tahun 1963.
Pemegang ijazah undang-undang Universiti Victoria, New Zealand. Memasuki profesion guaman
sejak 1987. Mahir dalam undang-undang jenayah dan perlembagaan. Ditangkap di bawah ISA
selama 30 hari pada 28 September 1998. |
Tiada
Gambar |
10. Robin Choy. |