Tidak Ada Bukti Liwatan Pada Adik Angkat Anwar: Pakar Forensik

Kuala Lumpur 29 Dis (AFP) - Seorang pakar perubatan memberitahu mahkamah hari ini beliau tidak menemui pada saudara angkat Anwar Ibrahim, yang dipenjarakan kerana mempunyai hubungan seks dengan Anwar, bahawa beliau mengalami sebarang hubungan komoseksual.

Dalam sebuah kejutan kepada perbicaraan tersebut, pakar tersebut, Zahari Noor, berkata beliau "tidak menemui sebarang bukti persetubuhan anal (dubur)" bila memeriksa Sukma Darmawan, seorang kelahiran Indonesia, pada 9 September.

"Tidak ada bukti kecederaan pada tubuhnya. Bila saya memeriksa organ sulitnya, juga tidak ada sebarang bukti kecederaan samada yang baru atau sudah lama," terang Zahari.

"Pemeriksaan lanjut ke atas dubur menunjukkan ia dalam keadaan biasa dan tidak ada sebarang penemuan yang memeranjatkan. Jadi saya menyimpulkan bahawa tidak ada sebarang bukti perubatan kemasukana sebarang benda tumpul menerusi duburnya."

Sukma dan ahli biologi Pakistan Munawar Anees dijatuhkan hukuman penjara enam bulan sehari sebelum Anawar ditahan pada 20 September, kerana membenarkan bekas timbalan perdana menteri tersebut meliwatnya.

Kedua-dua mereka telah merayu terhadap hukuman tersebut, dan mendakwa dipaksa oleh polis membuat pengakuan. Sukma dibebaskan atas ikat jamin minggu lepas sementara menunggu rayuannya.

Dalam perbicaraan hari ini, pihak berkuasa telah meletakkan litar televisyen ketiga di dalam galeri umum. Sebuah daripadanya telah dipasang pada bangku hakim dan sebuah lagi di kerusi peguam.

Para peguam berkata mereka menjangkakan pihak pendakwaraya memainkan pita video pengakuan Sukma di balai polis.

Terdahulu daripada itu, Zahari memberitahu beliau diarah oleh pihak polis untuk mendapatkan contoh darah daripada Anwar pada 28 september untuk ujian DNA, berikutan tuduhan beliau adalah bapa kepada seorang anak secara tidak sah dengan isteri bekas setiausaha sulitnya.

Anwar pada awalnya enggan tapi membenarkan bilan diberitahu bahawa darah itu adalah untuk tujuan ujian HIV, katanya. Setelah mengambil beberapa contoh darah, Zahari berkata kemudian polis ingin menggunakan contoh darah tersebut untuk tujuan DNA.

"Kami menasihatkan mereka untuk tidak mengambilnya untuk tujuan DNA kerana pertama,...yang tertuduh (hanya) membenarkan saya mengambil darah itu untuk ujian HIV dan kedua, saya dimestikan meletakkannya di dalam bekas yang hanya sesuai untuk ujian HIV - iaitu bekas semata-mata tanpa sebarang pengawit," katanya.

Setelah diperiksa balas oleh peguam bela Christopher Fernando, Zahari berkata contoh-contoh darah Anwar mungkin telah rosak jika tidak diproses dalam masa 24 jam.

"JIka tidak ada sebarang pengawit yang dicampurkan, sel-sel darahnya mungkin rosak dalam proses pembekuan dan darah mungkin dijejaskan oleh mikroorganisma seperti bakteria," katanya.

Tapi, Zahari mengatakan bahawa sebahagian darah itu telah disimpan hampir dua setengah bulan sebelum diserahkan kepada polis.

Beliau bersetuju dengan kenyataan peguam bela bahawa hal tersebut merupakan "pengangguhan yang melampau" dan "keputusan sebarang ujian DNA ke atas contoh darah tersebut amat-amatlah disangsikan."

Pendakwa raya kemudian memanggil saksi ke 21, ahli kimia Lim Kong Boon, yang memberitahu mahkamah bahawa beliau menjalankan ujian DNA ke atas contoh-contoh darah bekas setiausaha sulit Anwar, Azmin Mohamad Ali.

Ujian-ujian tersebut membuktikan bahawa Azmin adalah bapa sah secara biologi kepada anak perempuannya, kata Lim, berikutan syak wasangka bahawa Anwar mempunyai hubungan sulit dengan isteri Azmin.