PADERI BESAR TEKAN AUGUSTINE PAUL

Kuala Lumpur, Khamis 31 Dis. Sumber RN yang rapat dengan keluarga Stanley Augustine Paul memberitahu bahawa hakim yang mendengar perbicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu memang menerima tekanan kuat daripada masyarakat Kristian.

Sebelum ini RN pernah melaporkan bahawa persatuan gereja-gereja di negara ini menekan Augustine Paul supaya berpegang teguh kepada ajaran agamanya dalam menjalankan tugas menghakimi DS Anwar Ibrahim.

Maklumat terbaru yang diterima RN ialah Archbishop gereja-gereja Katolik Malaysia sudah bercakap sendiri dengan Augustine supaya dia melakukan apa yang betul.

Satu sumber lain memberitahu RN baru-baru ini hakim itu dijemput menyampaikan ucapan di gerejanya. Walau bagaimanapun beliau tidak dapat hadir seperti yang dijanjikan.

Sebaliknya beliau menghantar surat sahaja di mana surat itu kemudiannya dibacakan di hadapan jamaah gereja. Antara isi kandungan surat itu, Augustine Paul meminta para jamaah berdoa agar dia melakukan apa yang betul. - RN