SURAT TERIMA KASIH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Saudara-saudari yang dihormati, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh dan Salam Sejahtera,

Saya amat terharu dengan ingatan ikhlas anak-anak, saudara-saudari, bapa-bapa dan ibu-ibu yang mengutus kad, e-mail, surat mengucapkan Selamat Hari Lahir.

Sememangnya saya tidak pernah mengadakan apa-apa acara sambutan sempena 10 Ogos. Namun ingatan baik itu sungguh memberangsangkan dan menambah semangat saya untuk terus berjuang menegakkan kebenaran dan keADILan.

Jutaan terima kasih.

Salam Reformasi

Wassallam Warahmah

tt

Anwar Ibrahim