KENYATAAN AKHBAR DATO' SERI ANWAR IBRAHIM PADA 20 JULAI 1999

Kenyataan Menteri Datin Seri Rafidah Aziz dalah seperti yang diduga. Beliau tidak merujuk kepada laporan Polis saya minggu lalu; tetapi cuba mengaleh isu mengatakan siasatan sudah selesai dan beliau tidak bersalah.

Saya ulangi bahawa tuduhan tersebut bukan berpunca dari saya tetapi menurut Pendakwaan Jabatan Peguam Negara yang ditandatangani oleh Abdul Gani Patail. Peguam Neara berpuas hati dengan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah bahawa terdapat ke prima facie terhadap beliau.

Dalam soal ini, Datin Seri Rafidah tidak harus melatah dan membebel. Saya telah meminta polis melakukan siasatan bertanggungjawab terhadap percubaan menghalang proses keadilan serta perlaksanaan undang-undang; bersabit dengan keengganan Peguam Negara bertindak setelah menerima arahan Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Muhammad.

Anwar Ibrahim

20 Julai 1999