DUNIA DALAM BAHAYA

Perjumpaan tergempar diadakan di UN di mana Clinton, Yeltsin dan Dr M diberitahu oleh NASA bahawa mereka mengesan satu tahi bintang yang amat besar telah terpesong dari laluannya dan akan melanggar bumi dalam masa 24 jam mengakibatkan kemusnahan sejagat.

Clinton meninggalkan tempat itu untuk mengadakan sidang akbar lalu memberitahu rakyat Amerika, "Saya ada berita baik dan buruk untuk anda semua. Berita baik ialah ada kuasa yang lebih tinggi di dunia ini. Berita buruknya pula Dia akan memusnahkan planet ini dalam masa 24 jam.

Yeltsin juga tergesa-gesa meninggalkan tempat itu dan memanggil mesyuarat politburo lalu memberitahu, "Saya ada berita baik dan buruk untuk anda semua. Berita baik ialah sebenarnya ada kuasa yang lebih tinggi di dunia ini. Berita buruknya pula Dia akan menamatkan riwayat hidup kita semua dalam masa 24 jam.

Dr M meninggalkan tempat itu lantas mengumpulkan semua kroninya dan berkata, "Saya ada berita baik dan buruk untuk anda semua. Pertama sudah terbukti sekarang bahawa saya adalah antara 3 pemimpin ulung dunia. Rakyat Malaysia harus berterimakasih atas pengiktarafan ini. Perkara kedua, tak perlulah untuk kita bersusah payah mengadakan mesyuarat agung UMNO atau pilihanraya umum lagi selepas ini.