SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

Latar Belakang Penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja

1. Desakan untuk menubuhkan suruhanjaya itu timbul berikutan kenyataan akhbar Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah pada 5 Januari 1999 yang lalu bahawa pihak polis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kecederaan yang dialami oleh DSAI pada malam 20 September 1998.

2. Pada tarikh itu, DSAI ditahan di rumahnya pada kira-kira pukul 10 malam di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan sebelum ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tiga jam selepas ditangkap.

3. Ketika dihadapkan ke mahkamah 10 hari kemudian, bekas Timbalan Perdana Menteri itu muncul dengan kesan lebam pada mata kirinya dan mendakwa dipukul oleh polis semasa dalam tahanan.

4. Kenyataan Mohtar dikeluarkan berdasarkan hasil siasatan pasukan penyiasat khas yang diketuai oleh Ketua Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Polis Mat Zain Ibrahim.

5. Dua hari selepas kenyataan Mohtar itu (7 Januari 1999), Tan Sri Abdul Rahim meletakkan jawatan sebagai Ketua Polis Negara bagi memikul tanggungjawab pasukan keselamatan yang diketuainya.

Panel Suruhanjaya Siasatan DiRaja

1. Tan Sri Anuar Zainal Abidin (Ketua) - Bekas Hakim Besar Malaya.

2. Datuk Mahadev Shankar - Bekas Hakim Mahkamah Rayuan.

3. Datuk Dr. Yeoh Poh Hong - Pakar Bedah Ortopedik.

Ketua Penyiasat Suruhanjaya Siasatan DiRaja

1. Tan Sri Abu Talib Othman - Bekas Peguam Negara.

Peguam DSAI

1. Karpal Singh (Ketua Peguambela).

2. Zainur Zakaria.

3. Chew Swee Yoke.

4. Jagdeep Singh Deo.

5. Gorbind Singh Deo .

Peguam Kepada Tan Sri Rahim Noor (Bekas KPN)

1. Teh Poh Teik.

Peguam Kepada Tan Sri Mokhtar (Peguam Negara)

1. Mohd. Yusof Zainal Abiden - Pendakwaraya Kanan Persekutuan.

Peguam Kepada Datuk Yaacob dan Datuk Ramli

1. Datuk Kam Woon Wah.

Pemerhati

1. Datuk Dr. Cyrus Das - Presiden Majlis Peguam Negara.

2. Mah Weng Kwai - Setiausaha Majlis Peguam Negara.

Tujuan Dan Objektif Suruhanjaya Siasatan DiRaja

1. Menyiasat dan mengkaji kecederaan ke atas DSAI yang dialaminya semasa dalam tahanan polis dengan tujuan menentukan sebab kecederaan itu berlaku dan mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab serta bersubahat menyebabkan kecederaan tersebut.

2. Memperakukan kepada Yang di-Pertuan Agong tindakan yang sewajarnya diambil terhadap pegawai atau pegawai-pegawai yang bersubahat menyebabkan kecederaan DSAI.

Fakta Kes

1. Kejadian berlaku pada 20 September 1998 sehingga mengakibatkan kecederaan DSAI semasa dalam tahanan polis. Berdasarkan fakta kes, pada 20 September 1998 pukul 10 malam, polis telah menangkap DSAI di rumah beliau di No. 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. DSAI kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis Bukit Aman dengan menggunakan kenderaan polis sebelum dimasukkan ke lokap dalam keadaan mata ditutup dan tangannya digari.

2. DSAI telah dicederakan oleh seorang pegawai kanan polis. Bagaimanapun Tan Sri Abu Talib menyerahkan kepada panel suruhanjaya untuk menentukan sama ada seorang atau lebih daripada seorang pegawai polis yang mencederakan Anwar.

Tarikh Persidangan/Penyiasatan

1. Mulai 22 Feb 99 hingga 4 Mac 99 (8 hari).

2. Hari Persidangan - 22 Feb 99, 23 Feb 99, 25 Feb 99, 28 Feb 99, 1 Mac 99,               2 Mac 99, 3 Mac 99 dan 4 Mac 99.

Saksi

1. 21 orang.

Bahan Bukti (Exibit)

1. 17 barang bukti antaranya ialah tiga set gambar kecederaan Anwar, laporan perubatan, diari lokap serta diari balai dan sapu tangan yang digunakan untuk menutup mata bekas Timbalan Perdana Menteri.

Keterangan Penting Yang Telah Didengar Oleh Suruhanjaya

1. Beberapa saksi mendengar jeritan 'Adoi', 'Ya Allah' dan 'Jangan pukui saya' daripada sel yang menempatkan DSAI tidak lama selepas melihat Abdul Rahim memasukinya.

2. DSAI memberitahu suruhanjaya beberapa anggota polis berpangkat rendah memaklumkan bahawa dia telah dipukul oleh Abdul Rahim.

3. Pakar forensik memberi keterangan bahawa DSAI tidak mungkin mencederakan dirinya sendiri kerana kecederaan itu berlaku pada bahagian tubuh yang sensitif dan boleh membawa maut.

4. Terdapat tujuh kesan kecederaan yang ketara pada tubuh DSAI antaranya pada leher, pelipis kanan, lengan kanan, dahi kiri dan mata kiri.

5. Abdul Rahim mengaku menempeleng DSAI sebanyak dua kali kerana DSAI membangkitkan kemarahannya melalui kata-kata nista ''Ni bapa anjing''. Beliau tidak menolak kemungkinan ada menumbuk DSAI kerana tidak ingat apa yang terjadi dan ''semuanya berlaku dalam sekelip mata''.

6. Sebelum memasuki sel yang menempatkan Anwar, Abdul Rahim didakwa ada membuat isyarat supaya mata DSAI ditutup dan tangannya digari. Bekas Ketua Polis Negara itu menafikan memberi arahan tersebut.

7. Abdul Rahim terpaksa ditarik keluar dari lokap oleh dua pegawai kanan polis yang meleraikannya daripada terus memukul DSAI.

8. DSAI hanya menerima rawatan empat hari selepas dicederakan.

9. Pihak polis hanya menerima laporan polis DSAI mengenai kecederaannya itu pada 27 September 1998, seminggu selepas kejadian berlaku.

10. Setelah dimaklumkan permohonan DSAI untuk mendapatkan rawatan, Abdul Rahim memberitahu ia akan diserahkan kepada Cawangan Khas kerana DSAI telah ditahan di bawah ISA.