LIM KONG BOON, GHANI PATAIL DAN KETUA

PENGARAH JABATAN KIMIA

Sebagai seorang yang tahu siapa Lim Kong Boon, Ahli Kimia Tingkatan Biasa, Jabatan Kimia Malaysia, saya macam terpanggil untuk menjelaskan kedudukan sebenar mengenai bukti DNA yang dibawa oleh pihak pendakwa dalam kes perbicaraan DSAI. Beberapa perkara berlaku sepanjang perjalanan kes ini untuk sama-sama kita renungkan sebagai bukti keadilan sejagat.

Lim Kong Boon Ahli Kimia yang membuat ujikaji DNA atas darah DSAI merupakan Ahli Kimia yang dihantar ke luar negeri oleh jabatan untuk mengambil Master (bukan dalam bidang DNA) dan kemudian pulang ke Jabatan Kimia di tempatkan di Bahagian Serologi, Jabatan Forensik. Di bahagian ini seorang Ahli Kimia menjalan tugas-tugas berkaitan dengan darah, mani dan DNA dikhususkan dibahagian ini bagi kes-kes seperti rogol, bunuh dan sebagainya. Beliau berkerja di bahagian ini di dalam lingkungan 2 hingga 3 tahun selepas dapat master.

Pemilihan beliau oleh Jabatan Kimia untuk mengendalikan sampel bagi kes DSAI ini adalah meragukan kerana di bahagian serologi itu terdapat Ahli Kimia - Ahli Kimia lain yang mempunyai pengalaman kerja dalam DNA yang khusus dan lebih lama dari beliau (Ini sama macam pilih Hakim Datuk Mohd Saari Yusoff menggantikan Hakim James Fong dalam saman DSAI ke atas Mahathir).

Seperkara lagi kaedah DNA adalah merupakan satu kaedah yang masih baru bagi Jabatan Kimia Malaysia yang digunakan hanya bermula sekitar tahun 1991 berbanding negara luar yang telah lama terlibat dengan DNA ini. Jabatan Kimia masih lagi dalam proses kematangan bagi kaedah DNA ini. Walaubagaimana pun seseorangan Ahli Kimia akan menjadi mahir apabila menjalankan sesuatu ujikaji yang sama dalam tempoh yang lama. Jabatan Kimia Malaysia juga masih belum ada seorang PhD pun dalam bidang ini dan hanya baru sahaja menghantar seorang Ahli Kimia untuk mengambil PhD di Australia dalam bidang DNA yang masih belum pulang lagi buat masa ini.

Berbalik kepada kes DSAI sebagaimana yang diketahui dari sumber-sumber Jabatan Kimia, hanya 3 orang sahaja yang terlibat dalam mengendalikan sampel-sampel yang dihantar oleh polis iaitu Lim Kong Boon, Pengarah Jabatan Forensik, Chee Ong Koh dan Ketua Pengarah Jabatan Kimia Datuk Ti Tiow Hee. Mereka menjalankan kerja ini terlalu sulit hingga ke larut malam dan tidak diketahui oleh sesiapa pun di Jabatan Kimia tersebut akan keputusan atau kaedah dan sebagainya yang biasanya kerja-kerja Ahli Kimia dibantu oleh pembantu makmal, attendan dan sebagainya contohnya seperti penyediaan Sampel atau basuh-membasuh peralatan seperti bikar, tabung uji dan sebagainya.

Kaedah DNA yang digunakan adalah memang boleh diiktiraf cuma perkara yang dipertikaikan ialah sepanjang tempoh ujikaji dijalankan di jabatan itu, kelihatan pada waktu malam terutamanya Datuk Abdul Ghani Patail di Jabatan Kimia. Beliau didapati berbual-bual dengan Ahli Kimia Lim Kong Boon dan Datuk Ti Tiow Hee. Sudah menjadi kebiasaan biasanya seseorang Ahli Kimia yang mengendalikan kes-kes jenayah diajar akan cara-cara menjawab di mahkamah oleh pendakwa supaya penerangan atau jawapan yang dikemukakan meyakinkan Hakim. Pernah seorang Ahli Kimia Kanan jabatan Kimia ini tewas satu kes mahkamah walaupun bukti analisa jelas memihak kepada pendakwa apabila gagal memberi jawapan yang meyakinkan apabila disoal oleh peguambela kes tersebut. Ahli Kimia tersebut merah padam bila pulang ke Jabatan Kimia bila kes itu kalah maklumlah Ahli Kimia Kanan.

Datuk Abdul Ghani Patail memang sudah memberi tahu Lim Kong Boon mengenai bagaimana menjawab di mahkamah bila disoal. Kita lihat bagaimana Ahli Kimia ini menyatakan beliau pakar DNA dan lihat bagaimana beliau pegang tilam dengan memakai sarung tangan getah. (Sebenarnya beliau belum layak dipanggil pakar DNA cuma bolehlah kata beliau ada pengalaman DNA) Sebenarnya tak payah pakai sarung tangan dalam mahkamah sebab sampel sudahpun diambil dan dianalisa bukannya masa tilam tersebut datang ke Jabatan Kimia tetapi hanya untuk menunjukkan Hakim dan hadirin bagaimana Profesionalnya belaiu. Ini sudah tentu diajar oleh Ghani Patail. Lagi kita lihat bagaimana beliau menyatakan sudah mengendalikan lebih kurang 1000 sampel. Sebagai seorang Ahli Kimia sukar untuk menerima kata beliau sudah menganalisa 1000 sampel bagi kerja tak sampaipun 3 tahun.

Setengah-setengah kes mengambil masa yang lama bagi satu-satu sampel untuk mendapat hasil analisa (Kena ingat ini bukan sampel biskut atau minyak bagi tujuan denda tapi sampel mani atau darah - kes jenayah) . Inikan pula seorang Ahli Kimia yang terpaksa turun naik mahkamah yang sudah tentu mengambil sebahagian masa bagi sampel-sampel yang dikendalikan. Kita lihat juga bagaimana Lim Kong Boon gunakan slaid/projektor untuk terangkan DNA macam seorang pensyarah. Semua ini Ghani Patail yang suruh untuk meunjukkan profesionalisme beliau dan jawapan dari pendakwa semua dah Disiapkan.Tapi bila Augustine Paul tanya apa itu "variants" pun dia dah tak boleh jawab kena tunggu hari Isnin nanti tapi DNA panjang lebar dia terang.

Di dalam melihat kepercayaan laporan DNA itu bbebrapa perkara boleh di persoalkan.

1. Dipihak Jabatan Kimia, mengapa memilih Lim Kim Boon yang masih mentah berbanding Ahli Kimia lain yang lebih senior dan lama kenal dengan DNA.

2. Mengapa perlu ada Ghani Patail di Jabatan Kimia sampai larut malam semasa analisa dijalankan.

3. Mengapa perlu kerja hingga lewat malam kalau boleh diselesaikan waktu siang dan mengapa hanya Lim Kong Boon seorang dan tidak dibantu Ahli Kimia lain (tidak termasuk Pengarah Forensik Dan Ketua Pengarah) dalam analisa DNA ini.

4. Mengapa laporan pakar luar negeri tidak dibenarkan hadir oleh pendakwa.

Bagi menndapatkan keputusan profail DNA hanya perlu mempunyai 2 sampel iaitu satu sampel yang diketahui (known) milik siapa mani atau darah dan satu lagi sampel dari tompokan pada tilam atau lain-lain yang tidak diketahui (unknown). Dengan membandingkan kedua-dua sampel tersebut selepas analisa jawapan boleh diketahui. (Untuk melihat gambar hasil sesuatu analisa DNA boleh rujuk laman web berikut;

1. http://wsrv.clas.virginia.edu/~rjh9u/forenspt

2. http://wsrv.clas.virginia.edu/~rjh9u/forenscr

3. http://wsrv.clas.virginia.edu/~rjh9u/vntrl

Ahli Kimia hanya menjalankan analisa sampel berdasarkan seadanya mengikut apa yang dilihat dan diterima. Setiap apa yang diterima samada bertulis, sampul, seal, bentuk semuanya akan dicatit.

Cuma apa yang diragui ialah bagaimana sampel tersebut dipungut, diambil dan diserahkan ke Jabatan Kimia. Ini amat bergantung kepada kredibiliti pihak polis. Sekiranya kita dengar tilam diambil dari banyak tempat dan rambut, bulu, darah diambil dari berbagai sumber sebenarnya itu yang patut diragui.

Keputusan analisa boleh jadi seperti berikut;

1. Sampel yang dianalisa BUKAN MILIK DSAI. Sampel standard atau "known" boleh di ambil dari satu orang lain, contohnya sampel Abu dan sampel "unknown" diambil dari sampel "known" kepunyaan Abu juga. Ahli Kimia tidak tahu hanya akan analisa dan sudah tentu hasil keputusan profail DNA adalah sama. Sampel ini boleh jadi air mani Abu yang diambil secara hidup dan dibuat dalam 2 botol berasingan. iaitu known dan unknown. Sampel unknown boleh dibuat dengan ambil sampel mani Abu dan tabur saja atas tilam dan bawa tilam ke Jabatan Kimia. Dalam analisa kimia apa yang penting ialah sampel unknown adalah sama dengan sampel known bagi pengenalan (ID). Ini samalah seperti nak tahu morfin ke tepung walaupun sama warna hanya dengan dapatkan morfin yang betul dan morfin yang disyaki. Ini bukan guna cara DNA tapi guna IR, UV,HPLC atau GC.

2. Sampel ‘known’ memang sampel DSAI. Tapi digunakan darah yang diambil semasa dalam tahanan ISA. Memang dah 2 bulan baru hantar ke Jabatan Kimia tapi saya pun setuju kata Ahli Kimia memang boleh uji lagi dan boleh dapat hasil yang tepat. Sampel ‘unknown’ boleh diambil dari rambut, mani,darah atau apa saja cecair kepunyaan DSAI samada dari bantal, tilam atau dari bekas rumah DSAI yang dimasuk. Itu sebab penting contoh darah known dari DSAI diuji sebab bila dan tahu jenis profail DNA DSAI maka sampel-sampel yang dikutip boleh dipilih-pilih mengikut kesamaan laporan keputusan profail DNA DSAI tadi. Sampel-sampel berbagai jenis dari rumah DSAI mungkin ada sampel-sampel kepunyaan isteri dan anak-anak beliau atau siapa saja yang polis kutip tapi bila dah tahu profail DNA DSAI maka pilih saja sampel yang mempunyai profail DNA DSAI dan yang tidak sama profail DNA DSA jangan reportlah.

Apa yang penting Pakar DNA luar negeri mesti diambil. Caranya ialah sampel darah DSAI diambil fresh oleh pakar tersebut dan bandingkan profail DNA darah fresh DSAI dengan profail DNA yang dikeluarkan oleh Lim Kong Boon , Jabatan Kimia.

Itu sebab pakar rujuk DNA Jabatan Kimia yang dicadangkan oleh Paul memang kena tolak mentah-mentah (Iaitu Chee Ong Koh). Kalau dah Ketua Pengarah Kimia boleh berada bersama Malam-malam dengan Ghani Patail sudah tentu staff bawah dia mesti ikut arahan sajalah! Lagi satu Ketua Pengarah dah nak pencen dan Chee Ong Koh dah 54 tahun jadi memang masa inilah sesuai tolong kerajaan kot-kot boleh dapat extention lagi 2 atau tiga tahun.

Untuk makluman semua sejak tilam itu masuk Jabatan Kimia, ada polis/SB di tempatkan siang malam di kawasan Jabatan Kimia tanpa diketahui.